Fatwa: Haruskah Mengqadha Puasa ‘Asyura yang Terlewat?

puasa.jpg

Pertanyaan :

Barangsiapa yang tiba hari ‘Asyura dalam keadaan haid, apakah dia mesti mengqadha’nya? Apakah ada kaedah yang menjelaskan mana dari puasa nafilah (sunah) yang mesti diqadha dan mana yang tidak? Jazakallah Khairan.

Jawab :

Ibadah nafilah (sunnah) ada dua jenis: jenis yang ada sebabnya, dan jenis yang tidak ada sebabnya. Nafilah yang ada sebabnya, maka ia tidak ada jika sebabnya tidak ada, dan tidak perlu diqadha`. Contohnya shalat tahiyyatul masjid. Jika seseorang datang ke masjid terus duduk dan duduknya tersebut sudah sekian lama, kemudian dia hendak melakukan solat tahiyyatul masjid. Maka solat yang dia lakukan bukanlah shalat tahiyyatul masjid. Kerana shalat tersebut memiliki sebab, terkait dengan sebab. Jika sebabnya hilang, maka hilang pula pensyari’atannya.

Termasuk dalam jenis ini pula -yang nampak- adalah puasa hari ‘Arafah dan puasa hari ‘Asyura. Apabila seseorang tertinggal puasa ‘Arafah dan puasa ‘Asyura’ tanpa ada uzur, maka tidak diragukan lagi dia tidak perlu mengqadha, dan tidak ada manfaatnya kalau pun dia mengqadha. Adapun jika terlewat pada seseorang (puasa tersebut) dalam keadaan dia ada ‘uzur, seperti perempuan haid, nifas, atau orang sakit, maka dia juga tidak perlu mengqadha. Kerena itu khusus pada hari tertentu, hukumnya hilang dengan berlalunya hari tersebut.

Sumber : Liqa’atil Babil Maftuh, Asy-Syaikh Al-’Utsaimin rahimahullah.

Artikel     : www.hisbah.net

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Top
%d blogger menyukai ini: